Wednesday, March 23, 2011

Yang terindah

 . . . 11.45pm, 23 march 2011 Azli Imran dedicated this song to me *:)

thanks bie . . . yang terindah adalah ditemukan dengan bie. i love you more <3

Areda love Yek; 19 March 2011

This entry was dedicated for one of my secondary school friend named Addawiaah Awang for her wedding day ---<@ with her husband, Talib @ Yek.

Areda, tahniah akhirnya awk dah selamat dinikahkan dengan yek, lelaki yang akan menjaga awk hingga ke akhirnya insyaAllah. . . Now tinggal sy ngn yanie jerlah dari geng ZYMA kite yang tak kawen lagi heheh. Awk ngn linda dah selamat jadi isteri orang. Sy doakan awk cepat2 dikurniakan anak.. heheh awk kan suke baby. Boley join club linda, faza, wanie, rozie dll. heheh. Tapi ape2 pun awk doakan sy jugak yer, sy pun nak cepat2 join the club! *;p Walau pun status dah bertukar, kita tetap kawan macam duludulu. Hopefully lepas nie kehidupan awk lebih gembira dan lebih dimurahkan rezeki oleh-Nya. aminnn...

gambar pengantin takde.. gambar bride-to-be ade *;p LOL

Part II: Sugar's born-day

. . . continue
Bila berjumpa untuk celebrate special event camgini tak sah kalau takde acara makanmakan kan? For sure lah mesti ade punya. And kali nie, demi nak melengkapkan acara birthday nie kami ke Hotel UiTM Dungun utuk celebrate annah's birthday sambil sembangsembang and gossipssss *;p pentinggg tuh! Then kami pesan 2 slice of cakes yang perisa dia lainlain plus teh tarik! our fav. yummiiiee, tapi sayang plak sebab teh tarik tu maniss cam saje cari naas nak kena kencing manes kan. dah la makan kek, order ngn teh tarik plak. Act, teh tarik adalah minuman kegemaran rasmi kami berdua, so tak kesah la. As long as dapat buat this small party jadi comel and menggambarkan kami, itu dah cukup bermakna buat kami *:D
annah's cake

saya punyer *;)

annah's happy face with peace ^^V

To annah: Thanks for everything . . . and for me, knowing you is an amazing experience in my life ever. honey heart you sugar <3

Sugar's born-day

Every year, 18 March will be a day which is important to me as her friend and for sure bring her a lovely happiness . . .
To let my readers know a little story about us - honey and sugar-
Kami dah berkawan since standard 5 and we're still counting for the years of our relationship. So, sila congak sendiri yer dah berapa tahun kami masih berkawan baik + - / x % # = 15 tahun. Sepanjang kami berkawan, mmg macam-macam kenangan. Ada yang gembira, kelakar, sedih dan macam-macam lagilah. Tapi alhamdulillah sampai sekarang, kami masih mampu suka dan duka bersama. InsyaAllah harapan kami hingga ke akhirnya . . Ape yang bestnye tentang kami berdua adalah persamaan, bagi kami tarikh-tarikh penting mcm birthday, anniversary, hari raya puasa, hari raya haji dan macam2 event lagi memang kami boley plan to make it special for both of us. And as usual, bila tiba jer tarikh penting 18 March nie, i'll make sure that am already planned something for my sugar ^^, 

At first, memang sy pening jugak nak belikan ape utk annah, ms tengah duk nak beli present for her banyak kali jugak sy call kak huda, mydear sis untuk tanya pendapat what is the best present that i should give for annah. Pikir punya pikir akhirnya dapat idea nak beli ini . . . 
maple: semua barang di kedai maple nie adalah handmade

Sangat sesuaiiiii! heheh annah yang excited dpt this present and terus cuba. Sy? sangat puas hati bila tahu annah suka *;)))

Thanks Allah for this gift . . . i mean, a special friend named Fadilah Hana Abdul Razak *:) 

Door gift

Baru aje lepas lunch . . . adik rumate belikan nasi ayam dan sy hanya mampu makan separuh. Dah la empunya diri ni dah kurus, makan pulak sikit kan (-_-)

Masa balik dungun barubaru nie sy ade snap beberapa gambar kat rumah sempena persiapan wed kak huda. For me, kak huda mmg gigih buat persiapan utk wed nye. Bila tengok dia bersungguhsungguh buat persiapan nie, terasa macam bersalah pulak sebab tak banyak membantu. Yerlah kan sy duk jauh and mmg tak dapat tolong banyak utk preparation wed kak huda & zul. Btw, kat bawah nie adalah sipi-sipi gambar untuk door gift yang akan kami beri kepada the guests . . . Kalau nak door gift nie, nanti jemputlah datang umah kami yer. hehehhe
For our special guests-to-be

for our guests-to-be

ehee! seronoknye wat persiapan kawen nie! Okey, the idea untuk door gift nie adalah combination from three of us (kak huda, ma and i) plus one of our cousin. And act, the budget adalah sederhana and kami fikir its better to give this door gift to our guest-to-be compared to barang-barang lain yang nampak cantik tapi at last jadi barang yang tak berguna kan. So, dengan budget yang sama dengan budget door gift yg lain plus barang nie berguna, i think its much better for family bride and the guests . . . For me personally, kita boleh cari barang yang baik, berguna dan murah untuk dijadikan kenangan dan berguna untuk tetamu. Kawen kan sekali seumur hidup, insyaAllah . . .  jadi fikir sebaik mungkin for one of this aspect kay *;)

Tuesday, March 22, 2011

Sakit lagi

Pagi semua . . .
Hari ni, sy tak pergi internship sebab baru sembuh tapi masih tak boleh bergerak banyak lagi. Sy perasan yang sy memang banyak ujian dari segi kesihatan. Sejak sy kecil sampai ke usia sekarang nie. Semalam ms kat Rumah Kanak-kanak Tengku Budriah Cheras, tengah buat kerja tiba-tiba kepala sy berdenyut lagi. Awalnya masih boleh sy tahan, tapi masuk waktu lunch, sy pergi lunch dengan suria a.k.a pembantu pegawai psikologi. Masuk jer makanan dlm mulut, terus rasa nak muntah. Sy cuba makan lagi, tapi akhirnya sy muntah jugak. Bila dah muntah memang tak dapat buat ape, lagi rasa pening and rasa nak baring jer. Su suruh sy balik and take a rest kat bilik jer.

On the way balik ke upm, tak terkira jugak la sy duk muntah ms tengah driving. Nasib baik ada plastik dalam kereta tu. Sambil driving, sy muntah dan masa tu jugak sy rasa ya Allah jauhnye cheras dengan upm. Sampai jer hostel, sy terus tidur. Tak makan ubat ape lg sbb mmg tak larat nak buat ape dah. Sy sedar around 4pm, makan roti sikit sbb nak alas perut utk makan ubat, tapi selang beberapa minit sy muntah lagi. Ms tu sy dah menangis sbb buntu taktau nak buat ape dah, perut mmg totally kosong sampai rasa pedih, tapi tak dapat makan. Even sy amek ubat anti vomit but still muntah jugak. Nasib baik dapat room mate yang mmg bg sy dia seorang yang concern pasal sy. Riz mintak tolong kawan dia tasha untuk bawak sy ke Pusat Kesihatan Universiti PKU untuk jumpa doc.

At first, lepas doc check and tanya beberapa perkara, doc nak masukkan air dlm badan sy, means sy kena tidur di pku buat sementara waktu, tapi sy mintak ngn doc if tak perlu masuk air dan ade alternative lain, sy okey. Then, doc dari bilik no. 8 mintak sy ke bilik no. 11 utk jumpa doc yg lain, then doc no. 11 nie beri sy suntikan dan beberapa ubat. Katanya kalau masih tak okey lepas kena 2 injection, sy perlu masuk air sbb muka dah pucat yg sangat2. Lepas kena inject tu, sy ke kaunter ubat dan ambil ubat yang doc bekalkan.

Semalam, mmg sy tidur lena sgt sebab kesan injection tu buat sy langsung tak dapat bukak mata. Sy cuma bangun sekejap untuk makan ubat dan makan nasi bubur. Selebihnya, sy tidur sampai ke pagi . . . Apa yang boleh sy simpulkan kat sini, setiap manusia memang akan ada ujiannya. Selagi namanya hamba kepada Allah taala, selagi itulah kita akan diuji. Dan bagi saya personally, sy terima ujian ini seadanya. Mungkin kadang tu orang sekeliling nampak biasa and tak berat ujian ini, tapi bg sy ia berat dan inilah yang sy tanggung selama hampir 15 tahun dan juga untuk tahun-tahun seterusnya . . . Walau apa pun dugaan yang Allah berikan kepada kita, tabahlah kerana insyaAllah, kita akan dipermudahkan di bahagian lain . . .

Monday, March 21, 2011

From nia to klia

Semalam dapat on9 dengan hanif sekejap. Dia call sy thru skype and gtau dia dah ade kat Narita international airport dan hanif  tidur kat airport malam  semalam sbb in case ade pape hal yg boley buat dia delay untuk sampai ke airport lagi susah nanti kan. Jadi sekarang dia dah dlm flight, alhamdulillah takde ape2 masalah setakat nie. InsyaAllah hanif akan sampai ke klia around 5.00pm dan terus amek flight ke terengganu jam 7pm sebaik saje lepas pemeriksaan radiasi di sana. Doakan semuanya selamat..

Mood sy: Sedih sebab sy sorang jer dlm family yang tak dapat ikut pegi jemput hanif  *:'(

Sunday, March 20, 2011

Kepok keping

First time dapat room mate yang pesan keropok dari terengganu. For me, seriously sy suke! heheh ntah la rasa macam seronok dapat bawak keropok keping nie, dalam beg plastik yg besar and naik bas sekali. Sampai hostel, dapat beri kpd adik rumate then dengan facial expression dia yg "sangat suka", sy rasa puas hati sebab dapat belikan dia keropok keping dari terengganu *;)

Weekend - 20 March 2011

Hye readers . . .
tengah buat ape tu? *;p
Cam takde modal kan, tetiba tanya tgh buat ape, act its just one way to show my concern to all my readers... macam ramai je yg baca blog nie kan..
Okay, da beberapa hari selepas bercuti di kampung halaman, hari nie da selamat sampai UPM. Sebenarnye da lama sy tak naik bas malam since azli da tak kerja di kL nie. Sejak dari dia dah pindah kerja di kerteh, sy akan amek tiket siang dan sampai around 6pm. Lebih selamat. Tapi kali nie, sbb nak jimatkan masa, sy amek bas malam and safely arrived at kajang bus station around 5.20am. Dlm 6.30am tu kak khad datang amek (sementara tu sy duk menunggu sambil pekena teh tarik kat kedai mamak depan nie) and sy tumpang mandi, rehat2 kejap kat umah kak khad.

Memandangkan smlm adalah hari ahad which is weekend. Kami pakat plan nak ke ikea for the reason, 20 march adalah hari terakhir sale di ikea. Then, sy drive kereta kak khad sbb kak khad penat and kak qish nak kenal jalan yg azli ajar utk ke ikea. Alhamdulillah selamat sampai kat sane dan ape lagiiii kami pun p makan la dulu. heheh isi perut dulu sebelum shopping. Orang kata its better to go to shopping dengan perut kenyang. Kalau tgh lapar, nak shopping, nanti pilihan pun mengarut jer, balik umah mesti rasa menyesal sbb beli barang tu atau sbb tak terbeli brg tu. Percaye tak??

So, i took meatball set yg ade 5 biji, plus 2 chicken wings and a cup of coffee. Selepas kenyang . . . inilah hasilnye... heheh tak banyak pun beli, tambah2 mane yang tak cukup lagi and sy takde beli barang untuk diri sendiri pun, beli untuk kak huda's wedding jer. Bonet kereta kancil yang kecil . . . *;p

Thursday, March 17, 2011

Sedikit ringkasan

Salam Jumaat yang mendamaikan . . .
i'm safely arrived at my hometown @ home sweet home.
Emm.. sampai umah around 4 am, khamis.
For sure banyak perkara yg dah berlaku kan. Sebagai contohnya, today my sugar punye birthday (18 march), pagi tadi sy pegi breakfast dgn buahati di M, pegi pasar beli ikangg. heheh and, pegi umah buahati utk lawat kakak buahati yg baru 26 hari bersalin. Then kejap lagi sy akan pegi wedding sedara, esok jugak wedding kawan masa sekolah menengah. Nanti sy cite bagi detail lg eyh. Sekarang tak sempat la nak update blog. Biasa la kan duk umah, bukak lappy pun jarang-jarang, nie bukak kejap sbb tggu adik sy hanif on9. Oh yer, yang alhamdulillah sangat kan, tadi hanif ade call and gtau yang dia akan amek flight 22 march nie same day with buahati punye birthday *;)

Okelah, nanti jumpe lagi yer.
Jaga diri semua, sekarang cuaca tak menentu boley jadi demam *:)

Tuesday, March 15, 2011

Sebelum keluar . . .

g.o.o.d  m.o.r.n.i.n.g  e.v.e.r.y.b.o.d.y
Hari nie, sy tak pergi internship sbb malam nie da nak balik dungun. Jadinya, pagi nie sebelum keluar sy dah plan ape nak buat untuk hari nie, 16 March 2011; 

1st of all, perkara yang harus ialah breakfast, sy memang tak reti kalau tak amek sarapan pagi2, mesti jadi lesu sangat dan bole jadi sampai sakit kepala kalau tak sarapan pagi-pagi sebelum mulakan kerja.
2nd, pergi library faculty nak siapkan sikit lagi ubahsuai untuk ketiga-tiga questionnaire for my research. Balik nie nak buat pilot test jugak, hopefully semuanya berjalan dengan baik *:)
3rd, Jumpa Dr Halimatun untuk nak beritahu tak dapat attend kelas crisis intervention this coming friday. Act, masih memikir-mikirkan ape alasan terbaik yang perlu diberikan *;p
4th, pergi mines kejap, annah mintak beli casing BB dia. Da lama dia mintak beli, so before balik dungun tonight, baik pegi beli dulu, harapnye ade semua kaler yg di request.
5th, balik bilik and start to packing my stuff.

Sekian, let's start our day with breakfast first . . .
till then, babai semua sy gerak dulu (^_^)

He is someone special when . . .

You'll know he's someone special, when no matter what kind of mood you are in, he can always manage to make you smile *;)

Ole-ole from Pangkor

Adik room mate dah balik dari cuti semester, so now dia di semester dua *:) Sepanjang cuti semester 2 minggu, which is for MBA course, tak sama dengan jadual belajar students course lain, Riz bercuti di pangkor. Bestnyee pi snorkling yer. hehe. Teringat plak zaman 1st sem degree dlu yang kami student UMT wajib pergi orientasi laut kat Pulau Bidong. Best sangat2, sape tak suke main air kan, among the best activities for me personally. Tttaadaaaa ole-ole from riz utk sy kakak room mate-nye (^_^)
Thanks riz, sweet sangat tau. I'm really appreciate this *;)

A gift for abah

Hye people *;)
Sy nak letak tepi kejap cite pasal mende sedih-sedih, runsing-runsing. Maybe tetiba rasa lega sikit after baca surat khabar Berita Harian. Nanti kalau rajin, sy update yer. Btw, yang utamanya pasal entry nie, sy nak share pasal my dad belated birthday.

Birthday abah adalah pada tanggal 12 February 1955, and as his daughter for sure sy awal-awal lagi dah wish kan, cumanya belum sempat nak bagi present utk abah. Memandangkan sy masih belum sempat balik dungun and yg lebih tepatnye tak sempat lagi nak pergi beli hadiah before this. So, tadi lepas balik dr library kecik (FPP's Library) sy ke satu kedai nie utk belikan abah hadiah. Kan besok malam da nak balik dungun kan . . . better terus beli la. Jangan esok baru kalut nak pegi beli. Call kak huda tanya hadiah ape yg better, either t-shirt or tie? bincang punye bincang, i've decided tu buy a t-shirt, but then masa nak pegi bayar dah, sy cancel and tukar amek tie. heheh. To be honest, sy memang memang memang sangat mempunyai masalah kalau bab pilih memilih antara dua nie. Kalau tak caya, boley rujuk kepada kenalan rapat *;p Hal nak pegi makan mane pun susah giler nak decide tau. Tapi sy cuba la improve, sebab tak bagus kan buat perangai cam ni sampai jadi habit. Sungguh tak bagus!

So then, here my little gift for my dear dad;
 Tak tau la abah berkenan ke tak, pilihan yg ade terhad sgt but, hopefully abah syuke *;)

. . . beserta sekeping kad <3

To abah: Thank you for making family such a beautiful word. Have a really happy belated birthday *:)

Monday, March 14, 2011

Jangan sampai terlambat

Morning semua . . .
9.00am; janji dengan kak khad nak breakfast sama2 di maulana, on the way ke kedai makan macam biasa, sy mesti dengar hot fm and lately my intention is more on news. Dan kebetulan pulak masa tgh driving, keluar berita pasal earthquake in Japan and berita tu ada sebut pasal kerajaan malaysia masih tak akan hantar pasukan untuk selamatkan / bawa balik rakyat malaysia yg ada di sana.

Motif? apesal ha? Tak faham la sy. Takkan nak tunggu sampai da tahap meletup besar loji nuklear tu, then sampai nak hancur semua baru terhegeh-hegeh nak hantar pesawat ke ape baru nak selamatkan diorang. Isshhh nak aje sy cadangkan kat fb pm, biarlah parents and families rakyat mlaysia kat sana tanggung cost utk mereka balik, as long as kerajaan malaysia sediakan pesawat or whatever planes dan buatkan diorang semua dapat balik dalam satu kumpulan. Bukannya kami yang kena sendiri urus. Sbb kalau sendiri2 camni, risikonye lebih besar, kalau balik berkumpulan macam lebih terjamin kan. Lagi satu, diorang boleh pikir tak berapa teruk emosi mangsa tsunami di sana terganggu? Kalau dibiarkan lagi lama, tak pergi selamatkan and tunggu sampai keadaan jadi makin teruk, boleh bayang tak? Bukan setakat mangsa tsunami tau, ahli keluarga mangsa kat sana di malaysia nie pun terganggu tau (sy bercakap secara umum bagi rakyat malaysia di jepun). Tahu tak yang diorang semua boleh tahap sampai jadi trauma. Ingat menda kecik ke kalau sampai menjejaskan emosi ke tahap trauma nie? Okey fine, maybe ada yg cakap takpe, sabar at least adik sy selamatkan and hanif duk kat yokohama, tempat tu masih selamat. Fine, tapi apehal, takkan nak tunggu sampai teruk baru nak buat tindakan tuk selamatkan. Tu namanya dah terlambat okey.

Please, selamatkan mereka semua di sana . . .
Hmmm entahlah, sy akui sy memang emosi, tapi dalam konteks sy sekarang nie, bagi sy takde rasa sayang pada keluarga la kalau sy masih boleh buat-buat cool! Pagi tadi jugak one of my friend cakap, kerajaan malaysia dah nak hantarkan pasukan utk selamatkan pelajar2 di sana (comment di FB) tapi sy tak tahu la sejauh mana kebenarannye lagi. Kena banyak update news through internet . . .

Tapi apa-apa pun doa sy tak putus agar semuanya selamat, terutamanya adik sy, Mohd Hanif bin Abdul Jalil. 

Sunday, March 13, 2011

Mydear sis e-day

13 September 2010 = 3rd Eid ul fitr
Ini bukan cerita basi, dah namanye pun blog kan, the place to keep our memories before everything fades. Takde sape yang nak kenangan2 manis mereka hilang cam tu aje. Selain drpd kenangan pahit kan. Tapi kenangan pahit pun act its better if we keep it in our mind at least, sbb nanti kalau-kalau terjadi lagi kesah2 yang seumpama gitu, boley kita jadikan panduan to make sure we do not make the same mistakes twice.

Jadinya, pada tarikh ini my only beloved sister a.k.a kak huda @ Noor Huda Abdul Jalil telah selamat mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihannye iaitu Mohd Zulkifli **wahhh skema abes ayat kan! ayat skrip *;p
happy face *:)

ma and abah

crew belakang tabir yg kuat *;p hanif a.k.a tukang beli ais. heheh

the guest . . .

beloved sibling <3

kak huda's fiance with my lil brother

Sekian, 
thanks people for drop by to read my small happiness <3

Berita Terkini: Gunung berapi kembali aktif di Jepun

Salam . . .
Baru je kejap tadi, 11.30am, ma call and tanya hanif on9 ke tak. Sy cakap la, hanif tak on9. and again, scary news from Utusan Malaysia Online - Terkini Gunung berapi kembali aktif di Jepun. Nauzubillah.. Ma memang da tak tau nak cakap ape lg, hati ibu mane yg tak runsing? ? Sy kakak hanif pun da boley serisau ni, inikan pula ma. Ma cakap suh hanif balik, tapi mcamane nak balik, sy pun da banyak kali jgk gtau kat hanif kalau boley balik, balik lah. Yang jadi masalahnye, hanif mmg tak boley balik. Dia cakap flight sgt banyak delay. If dia keluar dari rumah kawan dia sekarang mcm2 boley terjadi lagi. Lagi berita pasal loji nuklear yang dah pecah, yup memang kerajaan Jepun ada safety yang paling tercanggih di dunia nie berkenaan bencana alam mcm tsunami nie, tapi bila bercakap pasal "bencana alam" macam2 boleh jadi. Apa yang boleh kita buat selain melipatgandakan amalan dan doa . . .

p/s: Hanif, if mu baca entry nie, ma pesan suh msg or call ma or bagitau keadaan mu kat sana ke aku ke. At least once per day. Jaga diri baik2, jaga kesihatan dan jangan lupa pakai topeng mulut dan hidung tu.

Bed Time Story

Hye people!
Okey, i think this could be my last entry for today, before i go to have my perfect sleep and rest *;) yuummmi! hehehhe sesedap itu yer kalau bab tido mentido nie. Okey, jangan nak sopan2 yer. Tolong britau kat sini sape yg tak suke tido? Well, see . . . kan da cakap mesti takde yang akan angkat tangan and cakap. "saya manusia yg tak suka tido" if you're normal, you'll be in love with your rest time *:)

Rasanya takde pape yang menarik nak di bed time story nyer just a lil bit sharing . . . it's about kaki. Also one part of our body and of course it is important. am i right? then, why not kita jaga kaki kita just like the other part of our body. kan. To be honest, before this sy pun mmg tak berapa menitikberatkan tentang penjagaan kaki till my friend share about the advantages "If" kita jaga kaki kita nie elok2. So, macamane nak jaga dengan elok? ini mungkin membantu. Kadang tu ada yg jenis tapak tumit tu merekah kan. and kalau da ade tanda sket2 contohnya mcm garis2 tu, jangan dipandang enteng! It's better to take it seriously from the beginning. Jangan sampai da jadi sangat merekah and keras semacam tapak kaki org lelaki baru nak sapu losyen tu, losyen ni. Mulakan dari sekarang, sebelum masuk tido, sapu losyen. Mana2 losyen pun okey. Kalau bukan yang khas utk kaki pun takpe. As long as losyen itu adalah losyen, ia elok di sapu *;)

Then, after da siap sapu loyen, the most important part is . . .

Pakailah stocking semasa tidur . . . konfem anda pasti dapat tidur dengan lena dan terasa anggun gitu. heheh! Nak lebih seronok?? Nanti da lama2 sket, korang belilah koleksi stocking yang cantik2 atau colorful! Mesti lagi seronok and lama-kelamaan akan rasa mcm satu kemestian before go to bed, nak kena sapu losyen and pakai stocking.

Selamat mencuba (^_^)
Good Nite, have a perfect sleep and welcome to your own dreamland people <3

Tadah tangan dan doa . . .

Salam . . .
and again, I'm really hopes for your prays to Mohd Hanif bin Abdul Jalil, my dearest brother.


Doa ketika menghadapi kesulitan:
maksudnya: "Ya Allah tiada yang mudah selain yang Engkau mudahkan dan Engkau jadikan kesusahan itu mudah jika Engkau mengkehendakinya menjadi mudah"

Ya Allah selamatkan Hanif dari bencana Tsunami di Jepun.

Salam petang ahad semua . . .
Jumaat, 11 March 2011, kami sekeluarga dikejutkan dengan berita yang sgt mengejutkan iaitu satu gegaran kuat yang menyebabkan berlakunya tsunami telah melanda pantai timur laut Jepun pada 8.9 skala Richter. Pd mulanya sy hanya ketahui melalui radio Hot fm yg pd waktu itu dikendali oleh Keeran, Suraya dan Ikhwan. And pd masa tu jgk, sy dlm kereta on the way ke komuter utk berjumpa dgn family yg sedang tggu di sogo. Terkejut sgt and lebih terkejut bila ma call and beritahu hanif a.k.a adik lelaki kandung sy ada telefon ma and beritahu yg kat sana berlaku gegaran yg sgt kuat dan dia terpaksa keluar dr rumah tanpa sempat selamatkan apa2 barang.

Namun alhamdulillah dengan keizinan-Nya hanif masih lagi selamat setakat ini dan sekarang menumpang di rumah kawan. Ya, kami bersyukur paling kurang hanif selamat, namun kerisauan mmg tak dapat dibendung. Gerun bila membaca berita, melihat gambar di dada akhbar dan video di youtube. Nauzubillah. Lebih menggerunkan bila memikirkan keadaan hanif yang tak pasti lagi, bermacam perkara boleh terjadi. Ya Allah.. selamatkan hanif dari bencana tsunami ini.

Semalam, 12 March 2011, sy dapat skype dgn hanif. Rasa lega sgt dapat dengar suara dia. Tapi tak dapat tidak. Memang hati sy sangat runsing. i try my best to be empathic to him ms on-call dgn dia. Hanif cakap dia takut dan risau. Kalau lah boleh balik, memang ma dan abah takkan biar lama. Terus bawak hanif balik Malaysia. Tapi hanif cakap flight delay. Susah sgt nak balik. Sy pesan jaga diri baik2, jangan tinggal solat, mengaji dan zikir biar basah di mulut. Apa2 terjadi yang terbaik adalah sandarkan pada ke-Esaan Allah.

Pagi 13 March 2011, sy ke car wash and sementara menunggu, sy baca newspaper. Nauzubillah... itu saja yang terucap rasanya. Dalam hati sy, sy rasa sangat benci dengan surat khabar tu. kenapa laporkan menda nie semua??? sengaja nak menakutkan kami di sini ke? Sy terus call ma. and beritahu apa yg sy baca. Bukan niat saya nak merunsingkan ma. Cuma as a family, we need to know everything in depth! one of our family members is there! 

Tadi petang, 13 March waktu asar, sempat YM sekejap dgn hanif. Lagi merunsingkan bila hanif cakap loji nuklear ke-3 dah pecah. nauzubillah... Tapi dia kata kedutaan jepun cakap keadaan masih selamat dan jangan risau. Namun, hati kakak mana yg tak rungsing?? setakat nie dah berapa kali air mata sy mengalir. lebih-lebih lagi bila duduk sendiri kat hostel nie. Sy tak putus2 doa keselamatan hanif. Apa yang cuba saya kuatkan di hati, insyaAllah hanif pasti akan selamat dan hanif ke sana kerana jihad, iaitu pergi menuntut ilmu.

Doa menghadapi musibah yang besar:
"Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami akan kembali. Ya Allah, berilah kepadaku pahala dalam musibah ini, dan berilah aku ganti lebih baik."

Ketenangan dalam menerima musibah:
"Ya Allah, berikanlah kami hati yang tenang, yang beriman kepada hari pertemuan denganMu dan reda menerima segala ketetapanMu.

Akhir kalam;
Hanif, kami semua doa ke mu. Buat solat hajat mintak semua diselamatkan. Yang penting mu jaga diri baik2... ingat solat, mengaji dan zikir selalu. insyaAllah selamat nanti. Jaga kesihatan.
aku syg mu..


Thursday, March 10, 2011

Yang manis dari kamu

Last post for today before nak pegi bersiap. Jap lagi 3.00pm kelas crisis intervention. Lepas tu, sy nak mintak keluar awal sket dgn Dr Tun sbb nak pegi kL. Kak huda and her fiance tunggu sy kat sogo. Malam nie sy akan tidur ngn family kat area shah alam. Sekarang diorang on the way ke kL nie. Doakan ma, abah, emi, kak huda dan zul selamat sampai.. Malam nie insyaAllah kalau takde aral akan ke IKEA. Nak cari door gift utk wedding kak huda nanti. Awalnye, plan nak pegi esok tapi kak huda da call ikea and diorang da gtau berapa lagi stok yang tinggal utk barang yg kami nak beli tu. In advance, i nak survey beberapa present utk beberapa individu <3

Okey, act nak cite pasal seperaissss parcel yang baru saje sy terima jam 12.15pm tadi. Memang sgt surprised! Mane taknye kan, tiba2 jer around 12.10pm uncle (staff Kolej Canselor) call sy dan gtau sila datang ke pejabat KC utk ambil parcel.. hmmm sapelah pulak yang sudi gembirakan hati nie saat2 keadaan sy yg mmg tgh serabut dgn study especially kan. tapi ms tu terlintak 3 individu yg sy rasa ade possibilities utk hantar parcel kpd sy: Ma, Annah dan mybuahati. So, dengan senyum2 kat bibir ngn hati ni, sy pun pi la amek.. and what a seperaisss, that parcel came from:
daripada: annah razak

Perasaan sy??? mestilah sukeee tersengeh2. Masa tgh jalan dr ofis KC ke bilik pun duk sengeh2 tapi control jgk sbb malu nanti org duk tengokk kan.... hehehe. So, here a few pics from annah's parcel:

 yes, i am opening this card, and cute note book with I-------------IUGE

again, million thanks to you annah for your concern about what i'm always worry.

Timekasih annah utk semua nie. walaupun kite jarang jumpa and duk jauh, tapi setiap kali kita call or YM and sembang pasal life, sy tahu awk mmg sgt concern pasal sy. sy dapat rasa itu. And sy tahu awk usaha yg terbaik utk bagi sy semangat supaya sy dapat habiskan yang "sikit lagi" nie and berjaya nanti, insyaAllah. Nanti kalau murah rezeki sy, kita sama2 p makan besar eyhh. heheh sy tau awk suke! sbb sy pun sukeee *;D
Last but not least, sy dapat rasa yg persahabatan kita skrg sudah matang and kita lebih menghargai satu sama lain. sgt bertuah ada awk sebagai kawan baik sy. Heart you mydear friend <3

Hmmm that's all for today people. 
Salam hari Jumaat *;)

His new hobby

Lately, mydear dah ade hobby baru which is for me ia sangat bagus untuk kesihatan, masa terluang and masa depan kami *;)
pic taken from: mydear photography web

Haa! nielah hobi mydear sekarang (cycling) selain drpd photography. And as her ma'am, i'll always support him in whatever he's doing. Sama macam azli yg mmg tak putus2 memberi sy semangat utk tamatkan pelajaran sy sekarang nie. Oleh yang demikian sbg salah satu tanda sokongan sy kepada mydear, sy telah belikan ini utk dia pakai while cycling:
Yups! Body Magic-round neck. 2 pieces cotton rib. One blue black and one black. Hopefully azli suka la kan. Hari tu ms azli outstation di kL nie, kami sama-sama dah pegi beli satu kaler grey and azli da pakai pun. suke. suke. suke.
Hmmm nak support utk beli yang mahal2 memang tak mampu la kan.. al-maklumlah sy nie budak belajar, takde pendapatan tetap lagi. one day bila sy da kejer nanti baru boley hadiahkan yg special lagi kan *;)

akhir kalam; i heart you!

Food of SOUL

As a Muslim, we really need this. So do i . . . this become more important lately and i hopes that i will constantly do this for the rest of my life.

Riz a.k.a Adik roomate

10 March 2011, 5.30pm

TO: Riz a.k.a adik rumate *;)
Just for you, on your Birth-day




This comes especially for you . . . and it's filled with lots of love!
p/s: sorry sbb lambat sket wish. tak tepat pada 5.30 pm. lewat dm seploh minit. thehee..

Wednesday, March 09, 2011

L . I . E . S

Tetiba post hari nie banyak (tak byk pun, baru 2) pasal msg from fb lak kan. But, i like to share this. Just because i think maybe ini satu perangkap! huuuish, bahaya nooor.

So, this is a message that i received from this guy:
David Benson March 10 at 11:58am Report
Hey,Dear How are you doing? I am new here really getting bored,...I have been hurt in the past but cautiously trying this.... saw your
profile and decided to say hi..I am looking to meet someone nice
and special..Like you waiting to hear from you soon
If you care to talk...Take care.

Apa yg terlintas? konon2 nak berkenalan? sy try la viewed his fb wall. His status: windowed. perghhh cam sengaja jer kan. Pastu boley pulak puji diri sendiri yang si empunya diri ni seorang yang loving caring man and have much love to give. Oip, jangan ngade2 nak puji diri sendiri and show off yang kamu tu lelaki terbaik and teromantik kat dunia ni dan paling kesian ialah, ditinggalkan. Sorry yer, sy mmg takkan layan mende2 mengarut cam gini. And tujuan sy share kat sini ialah supaya sape2 yg ada dapat msg dari lelaki ini atau yg sekutu dgnnya, jangan la layan. Lebih baik sayang kan diri sendiri dahulu sblm nak syg orang lain dengan mudah-semudahnye kan. cam mudah.com gtu. heehehe!


gambar cantek

Pagi ni bukak fb, then ada sorang kawan ms degree dlu msj:
Rozi Azlina      March 10 at 8:45am Report
salam, miza  kak zi nk mntk tolong nim....bleh x miza send link wallpaper utk slideshow......huhuhu....biasa2 miza amik kt mne? gambar2 miza sokmo cantik2.....pastu animasi jugak....plesss....



to be honest, person yang mula memperkenalkan sy dengan laman web yang ada gambar2 cantik nie ialah kawanbaik sy. So thanks to annah yang dlm masa yg sama selalu update beautiful pic kat fb-nye. haip, lame tak jumpa. nanti jumpa wajib update citer tau. and most important, we will meet on 18 March!  

we're "sisters"

Hidup, tak pernah lepas dari buat silap kan. Dah namanya hidup kat dunia yg sementara nie. Everyone have their own thoughts. Maybe what am i thinking right now are not same with people who sit beside me. But maybe same with people who i never meet. Hmmm but that is the beautiful of life. Sy ada kakak and she is my only kakak. No matter what happened, we're still in context of sibling . . .

. . . and with all my guts, i will never let anyone hurt u. because we're "sisters". if anything happened, i will try to comfort you in our ways to bring the happiness at the end <3
I'm sorry for not being perfectly adik for u, but i want u to know that i'm always try to give my best for you.

Bila Rabu tiba . . .

Hei hei... hari nie da hari Rabu tau. heeep!

Heee tak payah p internship. Tapi kena g kelas seminar petang nie. Yup! hidup nie mmg pasti diteruskan. tidak boleh tidak. Manis atau pahit perjalanan hidup ini, tetap kena diteruskan. Memang benar, sy tak sangkal bila tempoh masa itu perjalanan hidup sy adalah pahit dan perit, kalau boleh. kalau boleh. kalau boleh . . .  nak lari, kecewa, sedih, dan mula bertanya kenapa ini terjadi pd diri sy. Tapi, cuba tanya pada diri sendiri kembali. Tak perlu tanya orang lain. Tanya diri sendiri pun sudah lebih dari cukup. Kalau negativity thingking menguasai minda, sampai bila? sampai bila? sampai bila baru sy akan boleh kecapi kembali saat2 manis dan menggembirakan? Mungkin hidup akan jadi semakin melarat dan tak mustahil bila kita terlalu "melayan" all negativity thinking nie, one day kita akan depressed! Menakutkan. Mohon dgn Allah, mintak dijauhkan dari semua itu.

Utk memulakan hari Rabu yg nyaman nie, jom bukak planner and make a list of To do *;)
Happy Wednesday people!

Sunday, March 06, 2011

Esok hari Senin!

Pe kate kita stop dlu citer pasal kesah2 lama yg sblm nie tak update, tiba2 nak update kan. Esok, mcm biasalah hari isnin. Kejer.. huu even sy nie buat internship jer, tapi perasaan tu mcm pi bekerja jugak. kenape? sbb kena bangun awal, mandi syejuk2, dan kena bersesak2 kat jalan raya. Ape2  pun, wish me a great day tomorrow.

when you're the worker, you must have this feelings:
agree with me? hehehe till then people  o__o (mood hari isnin)

Saturday, March 05, 2011

Imran is here!

Sejak i duk kay ell nie sorang2, i mean without imran di sisi untuk 4 minggu pertama mmg perit jugak la. Yup sy akui, sepanjang dia di kay ell nie mmg dia sgt banyak tolong sy. For the most thing in my life, mmg dia banyak tolong. Dari sebesar2 perkara sampailah kepada sekecil2 perkara. And for the first time he came to upm dengan alasan datang melawat sy yg kesedihan ni adalah ms bulan puasa 2010. heee.. sbb tu syg kat imran, dia mesti cuba yang terbaik utk buat sy happy and teman sy. Sementelah sy cuti* pada hari tersebut jadi tentulah sy sgt cergas okey, boley pulak p ikea. and imran? half of that day da penat sket. tapi masih lagi control kuat. heee thanks sayang.
sneak peak!
.
.
.
then kami ke JJ cheras selatan beli barang2 nak raya.. heheh yer yer je kan. padahal in advance, nak beli M. mase tu baru pukul 5, i da beli bubur ayam mcd ngn milo ais. take away pleaseee! boley gtu? hahha i dgn muka selamber and imran dgn muka 'sabor jelah awek aku ni".
at last, utk Buka puasa, cousins imran dengan berbesar hati jemput kami berbuka di rumah kak dib. 1st time, i dengan berani (buat2) setuju tuk p buka puasa dengan mereka. kata orang, rezeki jangan ditolak. and what a surprised, mereka semua sangat baik and sporting! alhamdulillah. rasa "diterima" sebagai seseorang dlm keluarga imran. 

a million thanks: kak dib (tuan rumah), kak ieta and kak izan

Farewell Parties

Sebelum mybuahati pindah bekerja di tempat baru, which is from his old company (Megasteel) to present company (MMCogel) kawan2 terdekat telah buat sedikit makan.makan utk imran and . . . as his ma'am (hihihi) mestilah sy dijemput sekali *8) wing!!!

Sape tak suke makan okeyyy.. lagi2 orang baik hati belanja. Mestilah syuke *:)))
So, both of the farewell parties happened in a week. Starting with party that prepared or sponsored by Izzati and Ajib (Ajib is mydear ex-college mate) and followed by makan.makan with my rumate and her fiance.

 sedapppp! tigeriyessss!

 the ladies (kami duaorang jer). 
Izzati (ajib's wife) pun UPM postgraduate student jgk tau. Tapi kami tak penah terserempak mahupun bertembung di UPM nie. Besarnye upm mengalahkan Malaysia *;p 

the guest: including mydear (photographer)
.
.
.

Next farewell party with kak ainor and abg hairey (now, they already married)
 sweet couple <3. (9 years before they officially married)

ehemm.ehem! me and kakak room mate (O_o*)

Minah: Eyhhhh mane gambar imran? kate farewell party tuk dia. ishhh tak aci nie. kesian kat imran, patutnya banyak gambar dia la kan.kan. 

*;P till then. peaaaceee (O_o)V

Handmade

Sy suka jugak perkara2 artistic nie. selaras la kan dengan my personality code which is SEA. Okay, contohnya buat kad ke. Lagi best kalau nak bagi kat someone special. Or special friends. Mesti sgt semangat nak buat. Tapi sy mesti selalu lupa utk amek gambar before beri kepada tuan/puan punye kad yg nak beri tu. Masa sy tgh duk tengok2 gambar dlm folder, tetiba sy terjumpa gambar ni:

"Love letter/card" yg sy penah beri kepada mydear. If tak silap ms tahun pertama we've been together. Tak creative pun. Guna barang sedia ada shj. Yg penting hati puas sbb dapat hasilkan something yg bemakna utk si penerima.

tadaaa! satu lagi hasil kerja tangan yg sy buat utk mydear. 
Frame Gambar. [gambar ms 2nd dating. heheh klakar muke (O_o)]

Love his pics!

Sebenarnya, i nak share ttg siape antara people yg close dgn i dan i suke + selalu amek gambar dia thru my handphone. Ce teka ce teka? mesti nak cakap mydear? no.no.no mestilah salahhh.. Heheh sbb gambar buahati i tak perlu capture sbb dia akan selalu mms. Mintak jer or tak payah mintak pun imran mesti mms. So, individu yg selalu sy akan amek gambar and kadang tu sampai merayu-rayu sy nie sbb nak suh dia pose, senyum meleret supaya dapat gambar paling comel. Dia ialah.... Emi! heheh. Siyesss cakap nie. Tak tipu. Suke sgt amek gambar dia. pastu dlm fon i pun banyak gambar Emi. bila rindu boley tengok selalu. Hmmm rinduuu nak peluk cium. 

p/s: nie gambar ms kakak sy tunang. 
.
.
.
gambar amek ngn fon tak cantek. sbb hp cikai jer kan. hehhe. 
Nah emi, amek hadiah nieee.... muuuuaccheepulohs!