Tuesday, March 22, 2011

Sakit lagi

Pagi semua . . .
Hari ni, sy tak pergi internship sebab baru sembuh tapi masih tak boleh bergerak banyak lagi. Sy perasan yang sy memang banyak ujian dari segi kesihatan. Sejak sy kecil sampai ke usia sekarang nie. Semalam ms kat Rumah Kanak-kanak Tengku Budriah Cheras, tengah buat kerja tiba-tiba kepala sy berdenyut lagi. Awalnya masih boleh sy tahan, tapi masuk waktu lunch, sy pergi lunch dengan suria a.k.a pembantu pegawai psikologi. Masuk jer makanan dlm mulut, terus rasa nak muntah. Sy cuba makan lagi, tapi akhirnya sy muntah jugak. Bila dah muntah memang tak dapat buat ape, lagi rasa pening and rasa nak baring jer. Su suruh sy balik and take a rest kat bilik jer.

On the way balik ke upm, tak terkira jugak la sy duk muntah ms tengah driving. Nasib baik ada plastik dalam kereta tu. Sambil driving, sy muntah dan masa tu jugak sy rasa ya Allah jauhnye cheras dengan upm. Sampai jer hostel, sy terus tidur. Tak makan ubat ape lg sbb mmg tak larat nak buat ape dah. Sy sedar around 4pm, makan roti sikit sbb nak alas perut utk makan ubat, tapi selang beberapa minit sy muntah lagi. Ms tu sy dah menangis sbb buntu taktau nak buat ape dah, perut mmg totally kosong sampai rasa pedih, tapi tak dapat makan. Even sy amek ubat anti vomit but still muntah jugak. Nasib baik dapat room mate yang mmg bg sy dia seorang yang concern pasal sy. Riz mintak tolong kawan dia tasha untuk bawak sy ke Pusat Kesihatan Universiti PKU untuk jumpa doc.

At first, lepas doc check and tanya beberapa perkara, doc nak masukkan air dlm badan sy, means sy kena tidur di pku buat sementara waktu, tapi sy mintak ngn doc if tak perlu masuk air dan ade alternative lain, sy okey. Then, doc dari bilik no. 8 mintak sy ke bilik no. 11 utk jumpa doc yg lain, then doc no. 11 nie beri sy suntikan dan beberapa ubat. Katanya kalau masih tak okey lepas kena 2 injection, sy perlu masuk air sbb muka dah pucat yg sangat2. Lepas kena inject tu, sy ke kaunter ubat dan ambil ubat yang doc bekalkan.

Semalam, mmg sy tidur lena sgt sebab kesan injection tu buat sy langsung tak dapat bukak mata. Sy cuma bangun sekejap untuk makan ubat dan makan nasi bubur. Selebihnya, sy tidur sampai ke pagi . . . Apa yang boleh sy simpulkan kat sini, setiap manusia memang akan ada ujiannya. Selagi namanya hamba kepada Allah taala, selagi itulah kita akan diuji. Dan bagi saya personally, sy terima ujian ini seadanya. Mungkin kadang tu orang sekeliling nampak biasa and tak berat ujian ini, tapi bg sy ia berat dan inilah yang sy tanggung selama hampir 15 tahun dan juga untuk tahun-tahun seterusnya . . . Walau apa pun dugaan yang Allah berikan kepada kita, tabahlah kerana insyaAllah, kita akan dipermudahkan di bahagian lain . . .

1 comments:

annah said...

tabah.its good to think in +ve way drpd mengeluh, kehidupan tetap perlu diteruskan, its ours, bukan utk org lain.tabah! make everyone proud of u;)

cant imagine u vomitted along the way, lenkali hati2 ya!jgn drive dlm keadaan gitu, takut bole pitam.

jage diri dan sentiasa +ve yea!