Sunday, March 13, 2011

Ya Allah selamatkan Hanif dari bencana Tsunami di Jepun.

Salam petang ahad semua . . .
Jumaat, 11 March 2011, kami sekeluarga dikejutkan dengan berita yang sgt mengejutkan iaitu satu gegaran kuat yang menyebabkan berlakunya tsunami telah melanda pantai timur laut Jepun pada 8.9 skala Richter. Pd mulanya sy hanya ketahui melalui radio Hot fm yg pd waktu itu dikendali oleh Keeran, Suraya dan Ikhwan. And pd masa tu jgk, sy dlm kereta on the way ke komuter utk berjumpa dgn family yg sedang tggu di sogo. Terkejut sgt and lebih terkejut bila ma call and beritahu hanif a.k.a adik lelaki kandung sy ada telefon ma and beritahu yg kat sana berlaku gegaran yg sgt kuat dan dia terpaksa keluar dr rumah tanpa sempat selamatkan apa2 barang.

Namun alhamdulillah dengan keizinan-Nya hanif masih lagi selamat setakat ini dan sekarang menumpang di rumah kawan. Ya, kami bersyukur paling kurang hanif selamat, namun kerisauan mmg tak dapat dibendung. Gerun bila membaca berita, melihat gambar di dada akhbar dan video di youtube. Nauzubillah. Lebih menggerunkan bila memikirkan keadaan hanif yang tak pasti lagi, bermacam perkara boleh terjadi. Ya Allah.. selamatkan hanif dari bencana tsunami ini.

Semalam, 12 March 2011, sy dapat skype dgn hanif. Rasa lega sgt dapat dengar suara dia. Tapi tak dapat tidak. Memang hati sy sangat runsing. i try my best to be empathic to him ms on-call dgn dia. Hanif cakap dia takut dan risau. Kalau lah boleh balik, memang ma dan abah takkan biar lama. Terus bawak hanif balik Malaysia. Tapi hanif cakap flight delay. Susah sgt nak balik. Sy pesan jaga diri baik2, jangan tinggal solat, mengaji dan zikir biar basah di mulut. Apa2 terjadi yang terbaik adalah sandarkan pada ke-Esaan Allah.

Pagi 13 March 2011, sy ke car wash and sementara menunggu, sy baca newspaper. Nauzubillah... itu saja yang terucap rasanya. Dalam hati sy, sy rasa sangat benci dengan surat khabar tu. kenapa laporkan menda nie semua??? sengaja nak menakutkan kami di sini ke? Sy terus call ma. and beritahu apa yg sy baca. Bukan niat saya nak merunsingkan ma. Cuma as a family, we need to know everything in depth! one of our family members is there! 

Tadi petang, 13 March waktu asar, sempat YM sekejap dgn hanif. Lagi merunsingkan bila hanif cakap loji nuklear ke-3 dah pecah. nauzubillah... Tapi dia kata kedutaan jepun cakap keadaan masih selamat dan jangan risau. Namun, hati kakak mana yg tak rungsing?? setakat nie dah berapa kali air mata sy mengalir. lebih-lebih lagi bila duduk sendiri kat hostel nie. Sy tak putus2 doa keselamatan hanif. Apa yang cuba saya kuatkan di hati, insyaAllah hanif pasti akan selamat dan hanif ke sana kerana jihad, iaitu pergi menuntut ilmu.

Doa menghadapi musibah yang besar:
"Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami akan kembali. Ya Allah, berilah kepadaku pahala dalam musibah ini, dan berilah aku ganti lebih baik."

Ketenangan dalam menerima musibah:
"Ya Allah, berikanlah kami hati yang tenang, yang beriman kepada hari pertemuan denganMu dan reda menerima segala ketetapanMu.

Akhir kalam;
Hanif, kami semua doa ke mu. Buat solat hajat mintak semua diselamatkan. Yang penting mu jaga diri baik2... ingat solat, mengaji dan zikir selalu. insyaAllah selamat nanti. Jaga kesihatan.
aku syg mu..


0 comments: