Saturday, October 08, 2011

satukan hati-hati kami ya Allah

keadaan semakin sukar.
entahlah. rasa tersepit, tersepit sangat.
seteruk dan sejahat mana pun ibu kita, dia tetap ibu yg melahirkan kita. bukan sekadar itu, malah menjaga dan membesarkan kita dengan sebaiknya. tak semua manusia mendapat apa yg kita telah perolehi. allhamdulillah. syukur kehadrat-Nya.

namun, mungkin tak semua dapat terima kenyataan ini, bila terlalu banyak melayan rasa hati sendiri. tanpa memikirkan keadaan orang sekeliling.

jangan memaksa. jangan mendesak hati, fikiran dan fizikal untuk menerima buruk baik seseorang. bila dipaksa, akhirnya akan timbul rasa "aku dah tak tahan lagi!" jalan terbaik ketika itu, biarkan saja. malas nak difikirkan lagi. pendek akal.
kenapa tidak diamalkan ikhlas dalam hati, redha dengan ketentuannya yg hakikatnya telah terbaik diberikan kepada kita.

kenapa perlu diletakkan syarat bagi seorang ibu? kenapa perlu meminta-minta apa yg sudah sempurna Allah berikan. Dia lebih mengetahui apa yg tersirat. siapa kita untuk menyoal kenapa begini, kenap begitu?? siapa kita? hanya hamba Allah s.w.t.
telah ditetapkan-Nya, ibu adalah manusia yang paling berhak untuk kamu layan dengan sebaik-baiknya. dengan sebaik-baiknya!

kenapa terlalu cepat manusia berubah? tak mungkin terlalu pendek akal yg Allah kurniakan kepada manusia untuk terlalu cepat melupakan semua pengorbanan IBU! mengabaikan keluarga yg selama ini susah senang bersama kamu. meninggalkan adik beradik yg selama ini susah senang, tangis ketawa bersama kamu. Nauzubillah..

berhentilah menyoal, berhentilah meletakkan syarat. buangkan jauh-jauh rasa hati sendiri kerana menghargai ibu yg masih hidup adalah sangat jauh lebih baik berbanding terus melayan perangai sendiri.

ikhlaskan hati, selami ilmu ikhlas. amalkan, insyaAllah..Allah pasti membuka jalan utuk kita.
ameen.

0 comments: