Thursday, November 24, 2011

Ilmu.Knowledge

Assalamualaikum dan Hai semua,

Sy percaya dalam kehidupan setiap daripada kita, pasti banyak ilmu yang kita akan perolehi. Knowledge nie tak datang hanya dengan kita pergi sekolah, masuk universiti or sebagainya. Even kita duduk termenung, sebenarnya kita dah dapat satu ilmu yang sangat berguna. Namun, semuanya bergantung pada diri kita sendiri. Mahu menilai atas setiap tindakan, tingkah laku, perbuatan dan kata-kata kita atau membiarkan semua itu berlalu begitu shj. Ya, pokok pangkalnya diri kita sendiri. Orang sekeliling tak akan dapat mengubah diri kita jika kita sendiri tidak ada keinginan dan kesedaran.

Sy paling suka mencari ilmu yang ada di sebalik kejadian yang paling teruk sy hadapi dan lalui. Pengalaman pahit, rasa terluka dan tangisan sebenarnya lebih banyak menyedarkan sy dan mengajar sy. Pertambahan ilmu yang nyata.

Sy suka menilai.
Sy takut tindakan sy jatuh pada "judge people".
Sy juga takut tindakan sy jatuh pada "meletakkan nilai diri sy pada orang lain".
Namun sebagai manusia, adalah mustahil untuk sy tidak melakukan itu. Usaha sy adalah berusaha untuk sedar dengan setiap kata-kata dan perbuatan sy.

Sy juga sering ingatkan diri sendiri supaya tidak sewenang-wenangnya mengharapkan orang sekeliling react seperti yang sy berikan. Namun sebagai manusia, adalah mustahil untuk sy tidak melakukan itu. Menyebabkan sy terbabas mengharapkan orang sekeliling cuba react seperti yang sy berikan. Hmm.. paling kurang sy berusaha untuk sedar dengan perkara-perkara ini.

Sy takut jika dalam kata-kata sy, sy cuba meletakkan nilai yang ada pada diri sy pada orang sekeliling sy. Walau macamana pun situasi orang sekeliling sy, mereka adalah tidak sama dengan sy. Kerana setiap manusia itu unik kejadiannya. Sy cuba sedaya upaya daripada mengatakan "kalau sy dah berada di tempat awk..." "kalau sy jadi awk, sy takkan buat macam tu...." dan lain-lain lagi. Walaupun salah satu tanggungjawab sy adalah untuk sentiasa empathy pada orang sekeliling, terutamanya klien sy tetapi bukan itulah caranya. Bila sy terbabas bercakap begitu, tidak mustahil orang sekeliling sy akan berfikir dan rasa lain dan tidak seperti yang sy harapkan.

Memang apabila kita memikirkan perkara ini semua, kita akan rasa "apa perkara terbaik kita boleh lakukan...".
Namun, prinsip sy senang. Ikhlas dalam sesuatu perkara yang kita lakukan dan sentiasa berdoa supaya dijauhkan daripada perangai buruk. InsyaAllah.. Sy cukup yakin dengan ini.

0 comments: